Produk rambut TERBAIK- Rawat rambut rapuh dan gugur
Assalamualaikum guys.
Pernah tak korang mengalami masalah keguguran rambut lepas melahirkan anak atau selepas bersalin. Dulu aku tak pernah kisah pon pasal rambut aku ni. Pakai ape pon rambut still lebat dan tak gugur. Tapi lepas aku dah start ada anak,rambut aku gugur teruk. Masuk anak yang kedua makin teruk gugur..kalau pegang rambut je segumpal gugur.Satu hari boleh dapat segenggam. Haihh...kalau aku biarkan ni takut rambut aku jadi macam dalam movie wrong turn nanti. Nasib baik muka aku tak macam ni..kalau tak pakej muka ngan rambut sekali..huhuuh😅
So, aku try cari shampoo,conditioner dan treatment untuk rambut untuk pertama kali dalam hidup aku.Selepas seminggu aku amalkan Alhamdulillah rambut aku dah tak gugur macam selalu.kalau gugur pon 3,4 helai je.
Antara produk shampoo yang pernah aku pakai waktu noob dulu. Maybe sesuai untuk orang lain,tapi tak sesuai untuk aku.
👉 rejoice dan sunsilk pink untuk bertudung(buat rambut aku kelumumur)
👉 clear (memang kuat.boleh hilang kelumumur tapi kulit kepala jadi kering and rambut jadi rosak dan rambut senang putus)
👉 hair and shoulder lemon (mild sikit daripada clear buat rambut aku kering )
bila aku tengok balik,semua ingredient yang pernah aku pakai dulu mengandungi SLES,SLS. Kalau kulit kepala kau sensitif elakkan la guna produk yang ada bahan ni.sebab dia akan hilangkan minyak natural yang ada kat kulit hingga menyebabkan kulit kepala korang kering.Selain tu, produk yang mengandungi paraben, Sebab ape?Sebab...kesan jangka masa panjang boleh mengakibatkan canser.Paraben ni ia,micmicking hormon estrogen dan dah ada kajian menemukan sisa paraben didalam payudara penghidap pesakit breast cancer.
Di bawah ni antara produk yang elok aku pakai. Tapi ingat setiap kondisi dan masalah setiap individu berbeza.Walaupon produk ni elok untuk aku,tak bermakna sesuai untuk orang lain. Tapi boleh try sebab kandungan dalam shampoo ni tak mengandungi kimia yang berbahaya.👍
Shampoo
Ogx Shampoo Biotin and Collagen (thick & full)
Aku tak pernah dengar brand ni. Mula- mula aku nak beli shampoo herbal essense repair argan oil and morocco,Tapi tak ada pulak stok. Cuma ada conditioner je. Ternampak pulak shampoo ni tulis biotin and collagen. Terus grab satu. Vitamin Biotin ni memang sesuai untuk rambut plus dia ada collagen daripada ikan.
Harga yang aku beli kat guardian RM 28.50
Cara penggunaan
Basahkan rambut. Gunakan jumlah yang mencukupi dan urut dikulit kepala hingga hujung rambut. Bilas dengan air.
Tips guna shampoo:
Untuk kulit kepala berminyak boleh gunakan setiap hari.
kulit kepala normal, boleh pakai bila rasa perlu.
untuk kulit kepala kering,guna 2 atau 3 kali seminggu.
Conditioner
Herbal Essence Argan oil of Morocco
Aku pilih ni sebab ada ternampak orang syorkan dalam twitter. Sebab tu aku try.Plus dia tak ada paraben.
Harga dia RM 16.74. Lagi murah dari shopee. Guardian ada promo time ni.
Cara penggunaan
Selepas pakai shampoo,ambil secukupnya , sapukan dari akar hingga kehujung rambut, dalam 1 ke 2 minit bilas rambut hingga bersih.
Hair Treatment
Kundal honey & macadamia treatment
Yang ni aku beli sebab nampak dia tulis laku keras kat korea..hahahha...Try ushar ingredients produk, tak mengandungi kimia yang berbahaya. Ia mengandungi macadamia oil and honey dll.
Harga RM 16.80
Cara penggunaan
Selepas pakai shampoo atau lepas pakai conditioner, sapukan dari akar hingga kehujung rambut, dalam 3 ke 5 minit bilas rambut hingga bersih. Guna 2, 3 kali seminggu.
Aku pakai ni Gilir2 dengan conditioner herbal essence.
Banyak perubahan lepas pakai produk kat atas ni.Rambut tak lagi rapuh dan senang gugur. Kalau korang ada masalah sama macam aku boleh try pakai produk ni. Harap post ni membantu masalah rambut korang.
Chow.
Comments
Post a Comment