Praventac - acne supplement




Hi & Assalamualaikum guys

Pernah dengar suplimen jerawat 'Praventac' banyak juga aku tengok keluar dalam iklan fb. Elok ke, berkesan ke?

Hari ni ni aku bagi testimoni dan tips sebelum korang decide untuk membeli produk ni. 

Pertama sekali produk ini 100%halal. Kandungan hanyalah dari tumbuhan dan lactoferin(daripada susu lembu).

Kandungan Praventac ni:
1. lactoferin (bahan utama) daripada susu lembu. 

Apa fungsi lactoferin ni? Ia Meningkatkan immune system kita untuk melawan keradangan dan kuman jerawat kat muka dan seluruh badan.

2. Extract delima
Anti-oxidant yang tinggi untuk melawan radical bebas yang boleh merosakkan kulit. 

3. Manggis
Anti oxidant dan anti radang. 

So bila aku tengok kandungan, tanpa ragu2 aku pon beli untuk sebulan. Dalam masa seminggu ada nampak perubahan. Jerawat memang mengecut. Jerawat kat badan yang besar akibat daripada penggunaan depo hilang tanpa kesan. 


Cuma bahagian muka dia susah sikit nak hilang dan jerawat baru still tumbuh. Mungkin sebab jerawat aku jenis hormonal  acne, susah sikit nak hilang.  

Untuk hormonal acne, penjual syorkan untuk guna praventac + ag factor. Untuk seimbangi hormon dan hilangkan parut, kulit nampak flawless. Harga 4 ratus lebih tahan sebulan.. Huhu.. Disebabkan mahal. Aku guna je la praventac. Harga RM195, 60 biji tahan sebulan. 

Cara makan 
Makan sebelum tido 2 biji praventac
Minum Air secukupnya untuk lebih effectif. 

Untuk ibu mengandung dan breastfeed perlu dapatkan nasihat Doctor sebelum ambil suplimen ni. 

Side effect 
Bagi korang yang ada allergic pada bahan diatas,korang mungkin akan mengalami gatal2 dan penambahan jerawat. 

Praventac claim produk dia 95% berkesan tapi tiada kajian atau study yang membuktikan keberkesanan produk ini. 

Bagi aku kalau korang nak try, sila try. Mana tahu berkesan untuk korang kan😊

Kalau nak order praventac just klik link di bawah. Aku tak jual. Just memudahkan urusan korang. 

Itu saja untuk posting kali ni. Harap post ni memberi manfaat kepada pembaca di luar sana. 😁

Chow.. 

Comments

Popular Posts