Hormonal Acne dan tips
Hi Assalamualaikum guys.
Pernah tak korang tumbuh jerawat dan jerawat tu susah nak hilang. Bila satu dah elok dia tumbuh pula kat sekitar yang sama.
Sampai satu Tahap dah fed up nak merawat. Tapi bila nak keluar segan, orang tengok kita dah macam pameran bergerak. Kalau boleh nak je aku sergah orang yang pandang tu. "Hape tengok2😡"
Untuk mengelakkan jerawat dari terus membiak. Aku kena kenal pasti punca baru lah aku boleh rawat masalah ni. Sebelum tu kena tahu proses terhasilnya jerawat. Jerawat tumbuh apabila sebum(minyak) tersumbat oleh sel kulit mati dan bercampur dengan bakteria di muka. Taadaa jadilah jerawat✨😅
Jerawat ni ada banyak penyebab antaranya genetik, alahan dan hormon tak stabil. Macamana nak tahu jerawat ni kategori yang mana satu?
Genetik
Ibu atau bapa punyai masalah yang sama
Alahan
Datang daripada:
- Makanan
- Habuk
Hormon
- Muka berminyak di sekitar T-zone
- Jerawat di bahagian dagu dan rahang
- Kawasan bermasalah ada bermacam jenis jerawat daripada white head hingga ke cystic acne.
So aku ada ke tiga-tiga kriteria ni. Semua aku bolot.. Aku memang tamak.Hahhahaha!
Nak rawat hormonal acne, bukan sahaja kena bersihkan luaran malahan dalaman juga.
Untuk skincare aku pakai Ensutouch. SIRIM produk. Kajian 2 tahun oleh 12 Saintis SIRIM.
Skincare ni adalah yang pertama Di Malaysia menggunakan enzim nanas. Enzim nanas ni kaya dengan AHAs and BHAs membantu mempercepatkan penukaran sel kulit BARU. Anti kedutan dan juga tinggi anti oxidant. Sentiasa pakai sunblock bila keluar rumah ye. Penting!
Untuk ubat topical(farmasi) aku guna
Adapalene1%(guna pada waktu malam)
Clindamycin1%(guna waktu siang)
Benzoyl peroxide 5%
Tea tree oil
Untuk mommy yang pregnant dan breastfeed elakkan daripada menggunakan 3 ubat di atas. Doctor syorkan guna azelaic acid.
Untuk ubat makan pula aku try praventac dan miruku white. Nanti aku bagi testimoni.
Ada orang ambil diane35 (ubat perancang). Aku tak prefer nak makan ubat perancang sebab dia ada side effect. Maybe ada bahan yang tak sesuai dengan aku. Ada orang sesuai teruskan, tapi makan dengan pemantauan daripada Doctor.
Selain tu aku ada guna blue Ray Acne treatment pen. Ia berkesan membunuh kuman dibawah kulit yang bermasalah.
Nanti aku bagi tahu berbaloi ke tak benda alah ni.
Sebelum terlupa. Nak bagi tau sikit. Kalau korang gunakan skincare atau ubat yang mengandungi AHAs, BHAs, Retinol macam adapalene, ada kesan side effect iaitu purging. Tak semua orang akan mengalami purging ni. Sesetengah je. Purging ni, adalah proses penyembuhan di mana muka kita akan naik jerawat di tempat bermasalah dan selepas sebulan lebih kulit akan jadi bersih flawless.
Orite. Sampai sini dulu aku share pasal hormonal acne. Jumpa di post akan datang.
Chow..
Comments
Post a Comment