Miruku white memutihkan kulit

Hi & Assalamualaikum guys. 

Bila kita ada masalah muka, macam-macam produk kita nak cubakan. Macam aku lah. Disebabkan masalah cik J kat muka aku ni. Aku sanggup try macam-macam jenis suplimen. Miruku White pon aku pernah cuba. 

So kenapa aku tertarik nak makan Miruku White ni sebab:

1. Ingredient dari sumber yang berkhasiat seperti delima, kurma, madu dan tomato. Susu tanpa kolagen. 

2.Testimoni kata jerawat boleh kecut

Selepas mengorder aku tunggu barang pos ke rumah dalam sebulan, pada masa yang sama aku order jugak suplimen Praventac(tamak le katakan). Praventac aku cuma tunggu dalam 3 hari je. Miruku White ni lambat sampai sebab kehabisan stok disebabkan PKP. 

Lepas dapat aku tak la terus makan.Aku habis kan Praventac aku dulu. Baru aku start makan MW ni. 

Aku makan pagi dan malam. Satu skop 180ml,guna air suam. Rasa memang sedap. Setiap hari rasa tak sabar nak bancuh sebab rasa susu strawberry. 😋

Lepas seminggu aku consume tetiba plak naik balik jerawat kat bahagian pipi dekat dengan area hidung(tanda-tanda alahan pada produk tenusu) . Bila aku tengok balik ingredients ada skim milk. Halamak.. Aku tak boleh consume susu selalu.. Aku memang ada alahan. 

Tapi aku tetap teruskan makan sebab sedap and beli 2 botol plak tu😭. Sampai satu Tahap jerawat kat pipi dah bengkak tak surut-surut. Aku terus berhenti makan dan cuba pula produk baru kitsui. Aku beli sebab ada Promosi. Kalau OK nanti aku review pula untuk kitsui ni. 



Walaupun lepas makan MW jerawat naik kat pipi, kulit tangan aku yang gelap akibat sunburn makin cerah sikit and muka nampak cerah. Untuk korang yang tak ada alahan makanan tenusu boleh la makan. 

Untuk dapatkan produk Miruku Ori. Korang boleh klik link di bawah ye. 


Lepas dah beli. Korang boleh cek barang yang korang beli sudah di proses ke belum. 

P/s: untuk mereka yang ada masalah buah pingang di elakkan untuk mengambil suplimen MW ni. 

OK sampai sini dulu. Harap bermanfaat. 

Chow. 









Comments

Popular Posts