Blue Ray Acne Treatment Pen

Hi & Assalamualaikum guys

Hari ni aku nak bagi tau satu beauty produk untuk merawat jerawat. LED blue Ray Acne pen. Mengikut kajian dermatologist America, blue ray ni berkesan untuk membunuh kuman yang bersawang dalam jerawat. Bila kuman tak ada. Jerawat pon boleh mengecut. Sebab tu la aku tertarik nak beli. 


Cahaya blue ray ni tak sama dengan cahaya blue ray yang ada dekat computer atau smartphone kita. Blue Ray daripada skrin TV atau computer boleh merosakkan kulit kita. Tapi blue ray acne pen ni pulak merawat. Ia mempunyai wavelength yang berbeza daripada skrin TV, iaitu 415nm dan mempunyai kepanasan degree 45 celcius. 

Blue Ray ni mampu penetrates/masuk kedalam kulit lalu membunuh bakteria P. acne di dalam jerawat dan mengecutkan jerawat. 

Masa rawatan yang diperlukan dalam 2minit ke 3min..kalau guna pen ni.. Ko suluhla kat setiap jerawat tu selama 2 min.. Tak berkicap ketiak nak tunggu. Sebelum tu elok sapukan moisturiser kat muka sebelum guna pen ni. 


Aku beli ni kat shopee dengan harga hanya 11 hinggit sahaja. Di fb produk yang sama and made in China jugak. Dijual dengan harga 168 hinggit tak silap aku.. Beza gile harga dia jual. 😱 Padahal benda yang sama. 

Blue Ray acne pen ni menggunakan battery double A and dia sangat cepat habis battery. Baru guna dalam 20 minit. Battery dah low. Lampu blue ray dah makin mengecik. 
Jenuh nak tukar battery je. 

Pada yang jerawat penuh dekat muka.. Aku tak Sarankan untuk beli pen ni sebab ko nak suluh satu2 blue ray ni kat jerawat, memakan masa dan battery. Sesuai untuk orang yang ada satu dua jerawat bolehla. 

By the way, kalau korang tak yakin untuk guna yang murah punye. Boleh try brand neutrogina blue ray pen. Harga dlam 10+ hinggit. Tapi buat masa ni OK je brand murah yang aku guna ni. Aku try kat satu jerawat ni.. And nampak pengecutan berlaku. 


Tapi Menurut pakar, mahal atau murah kesan cahaya blue ray tetap sama. Ape yang membuatkan dua benda ni mempunyai harga yang berbeza mungkin disebabkan materials dan Lampu LED yang tahan lebih lama ATAU disebabkan nama brand itu sendiri membuat kan ia lebih mahal. 

Next time maybe aku nak try led mask pulak. 

Itu sahaja dulu perkongsian aku. Harap bermanfaat. 

Chow. 





Comments

Popular Posts