Depo Povera Side Effect
Hi Assalamualaikum guys.
Hari ni aku nak share sikit pengalaman menggunakan depo povera ni. Sebelum tu, Apa tu depo povera? Ia suntikan man-made hormon progestin ke dalam tubuh untuk mengelakkan proses ovulasi berlaku dan melikatkan lendir pada cervik supaya proses persenyawaan tak berlaku. So,98% keberkesanan untuk tak mengandung.
Aku pilih cara ni sebab senang 3 bulan sekali je jumpa doktor. Kesan kepada setiap individu berbeza-beza.Untuk bahagian aku pula, seminggu kena shot kat pungkok, muka aku start bagi effect burn, muka kusam.
Sejak dari tu start la mimpi buruk kat muka aku ni. Besar PENUMBUK jerawat tumbuh.
Stress rasa, bila stress pengeluaran minyak kat muka pon meningkat, makin tambah kawan-kawan jerawat. Bila dah banyak jerawat, bertukar jadi jerawat cystic. Eczema pon tumbuh kat muka. Muka lebam macam kena tumbuk je.huhu.
Bukan setakat jerawat je. Rambut gugur lebih banyak daripada biasa. Kalau kumpul boleh buat rambut palsu kot.
So lepas 3 bulan aku tak renew balik suntikan. eczema pon stop naik dalam masa seminggu. Jerawat pon tak la makin bertambah. Suntikan tu menyebabkan hormon dalam badan aku tak stabil. Masalah jerawat masih ada. Macam2 ubat aku guna untuk hilangkan jerawat dan bermula lah episode aku men'try' bermacam ubat, rawatan dan skincare untuk hilangkan hormonal acne ni.
Berbeza dengan member lain yang pernah guna suntikan depo, member tak ada effect yang sama macam yang aku kene. Depo tak sesuai dengan aku. 😅
So guys moral of the story, sebelum ambil apa2 perancang selidik dulu side effect dan consult dengan doktor dan berbincang dengan pasangan😉
Aku kongsikan side effect ringan untuk depo povera ni.
- Sakit kepala
- Pening
- Berdebar
- Nafsu sex kurang
- Berat naik untuk penggunaan yang panjang(berat aku pulak makin turun.. Hahah)
- Jerawat Jahat
- Kembung perut
- badan bahang
- insomnia
- Sakit sendi
- rambut gugur
- depression
Itu sahaja perkongsian aku untuk kali ni.. Harap bermanfaat untuk dibaca😁
Chow...
Comments
Post a Comment